Permata


Alexandrite






  • Alexandrite dapat menolong seseorang untuk memusatkan pikiran pada diri sendiri, meningkatkan rasa percaya diri dan memperbesar kemampuan untuk merasakan kebahagiaan. 
  • Di Rusia, Alexandrite dipercaya sebagai pembawa pertanda baik. 
  • Alexandrite juga dapat menstimulasikan kekuatan seksual serta mengatasi rasa tidak ada cinta didalam hidup seseorang. 


Amethyst 

  • Digunakan untuk meningkatkan kekuatan batin/spiritual serta waspada pada seseorang. Juga digunakan untuk meredakan sakit kepala. 
  • Lagenda mengatakan, menggunakan Amethyst atau minum dari cawan yang terbuat darinya, akan mencegah terjadinya keracunan. 


Aquamarine




  • Aquamarine sering digunakan untuk suatu harapan baik didalam menjalani percintaan dan berbelas kasih. 
  • Dikatakan dapat menolong meredakan depresi dan kesedihan. 
  • Selain itu juga dipercaya dapat membangkitkan kembali rasa cinta pada pasangan yang telah lama berkahwin dan membantu mendapatkan teman-teman baru. 
  • Menurut legenda, memakai Aquamarine sebagai anting-anting akan membawa cinta dan pengaruh yang baiknya. 
  • Kegunaan lainnya iaitu membantu mata/pengelihatan, mengurangi retensi cairan tubuh serta memberi ketenangan dalam perjalanan melalui lautan. 


Bloodstone

  • Kegunaan utamanya adalah menstimulasi aliran tenaga untuk semua penyembuhan, memerangi trauma fizik, menghilangkan pembatasan-pembatasan emosi dan menstimulasi peredaran darah. 
  • Bloodstone dipercayai dapat menghentikan perdarahan hanya dengan sentuhan sahaja. 
  • Selain fungsinya untuk pengubatan tradisional, selama ini Bloodstone digunakan juga untuk menambah wawasan pandangan seseorang terhadap dunia. 


Carnelian 



  • Carnelian digunakan untuk menjernihkan Fikiran (tidak mampu untuk melihat kenyataan). Dapat menyeimbangkan proses berfikir.
  • Sekitar tahun 1700-an, Carnelian dikatakan dapat memberikan kekuatan dan perlindungan, membawa keberuntungan serta ketenangan. 


Citrine (cempaka)




  • Citrine(cempaka) dikatakan dapat membantu orang untuk berhubungan dengan arwah/Spirit, Membantu asimilasi dari makanan.
  • Membantu orang yang tidak bercakap dalam berkomunikasi secara terbuka serta mengembangkan ketenangan mental.


Diamond (Berlian)


 

  • Diamond dapat meningkatkan kualiti diri dan kemampuan untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas baik positif dan negatif, langsung dan jujur. Juga membantu mengatasi rasa ketidak tenteraman secara material. 
  • Semakin baik kualiti Diamond, semakin baik daya bantunya. 
  • Merupakan lambang dari keberanian yang tidak dapat dikalahkan. 
  • Di masa kini diamond dengan kualiti paling rendahpun (misalnya warnanya buruk), masih digunakan untuk keperluan industri. 


Emerald (Zamrud)




  • Emerald digunakan untuk penyembuhan fizikal dan emosional iaitu mengatasi penyakit di saraf dan tidak adanya persepsi mahupun kejernihan batin. 
  • Di Persia dan sekitarnya dikatakan bahawa “Siapa yang memiliki pesona ini akan menikmati perlindungan khusus dari Tuhan”. 
  • Menurut legenda, Emerald berfungsi menguatkan memori dari pemiliknya, mempercepat daya pikir maupun kreativitas dan menolong untuk memprediksi masa depan. 


Garnet


  • Menyeimbangkan gangguan di kelenjar Thyroid, mengatasi kurangnya toleransi terhadap orang lain, mengurangi kekerasan hati dan perasaan tidak mempunyai cukup populariti. 


Goldstone 












  • Goldstone dapat memberikan perlindungan tambahan terhadap perjalanan/pengembara. 
  • Merupakan salah satu batu para petualang. 


Jade





  • Jade dikatakan dapat membantu seseorang merasa tenang dan bijaksana. 
  • Disebut sebagai batu dengan keseimbangan yang sangat baik, menolong seseorang untuk menyelaraskan pikiran dan tindakan serta mengatasi kekurang praktisan cara berpikir. 
  • Jade adalah intisari dari cinta, dihargai sebagai batu yang istemawa 
  • Dipercayai bahawa beberapa rahsia kebajikan akan menyerap ke dalam tubuh. 
  • Legenda mengatakan bahwa penjelajah Sepanyol ke Amerika Tengah menggunakan khidmat dari Jade untuk mencegah serta menyembuhkan sakit pinggul dan ginjal. 
  • Kegunaan lain bagi kesihatan iaitu meningkatkan penyembuhan pada organ-organ dalaman. 
  • Jade Hijau dapat meringankan gangguan pencernaan, membantu fungsi hati dan mengurangi kerosakan pada mata. 
  • Jade Merah membantu memerangi penyakit kewanitaan, terutama pada organ kandungan.

No comments:

Post a Comment