Batu permata dan kristal tidak boleh dipakai sesuka hati , ia harus dipilih dengan teliti dan dikira dahulu kesesuainnya dengan kita. Memakai batu yang salah dapat memberi kesan yang negatif untuk kita.
BaTu Anugerah AlaM
Batu permata dan batu kristal tiada kuasa untuk membantu manusia dan binatang tetapi ia dapat memberi keseimbangan dalam sistem mineral , aura , chakra dan getaran dalam badan. Getaran , chakra dan aura yang seimbang dan tenaga tinggi dapat membantu kita memdapatkan apa yang diingini.
Tuesday, 30 October 2012
Tuesday, 23 October 2012
Sunnah Pemakaian Cincin Dan Khasiat Batu
Adalah suatu sunat muakkad untuk para lelaki dan wanita kaum muslim memakai cincin di tangan kanan. Para Syiah akan dikenali menerusi simbol-simbol ini, antaranya, memakai cincin di tangan kanan, solat fardhu tepat pada waktunya, memberi zakat serta amal makruf nahi mungkar.
Sebuah hadis dari Salman Al Farisi menyatakan bahawa Nabi(sawa) telah meminta Imam Ali untuk memakai cincin di tsngsn kanan, supaya beliau tergolong dalam golonganMuqarrabin(orang-orang yang dekat dengan Allah swt). Imam bertanya kepada Rasulullah siapakah golongan muqarrabin itu, yang mana Rasulullah menjawab Malaikat Jibril dan Mikael. Kemudian bertanya lagi Imam, tentang batu apa yang beliau perlu pakaikan bersama cincin itu. Rasulullah(sawa) menjawab agar dipakai batu Aqiq, kerana batu ini telah menerima tauhid Allah swt, kenabian Rasulullah sawa dan wilayah Imam Ali serta syurga untuk para sahabat Imam Ali dan Syiahnya.
Imam Ar Ridha as pernah ditanya tentang sebab Imam Ali memakai cincin di tangan kanannya. Imam menjawab ia adalah kerana Imam Ali adalah ketua bagi golongan Ashabi Yamin, yakni orang-orang yang buku amalannya akan diberikan di tangan kanan. Tambah beliau lagi, Rasulullah sendiri memakai cincin di tangan kanan.
Imam as Sadiq telah menyatakan bahawa Rasulullah sawa selalu memakai cincin di jari pertamanya, dan melarang pemakaian cincin di jari tengah. Cincin juga patut berada di posisi hujung jari, di mana ia bersambung dengan telapak tangan.Bacalah doa ini ketika menyarungkan cincin, “Ya Allah, jadikanlah aku dikenali melalui tanda keimanan ini. Jadikanlah kesudahan ku berbaloi dan pengakhiran ku baik walaupun di dunia seterusnya.”
Sunnahnya ialah mengenakan cincin perak. Sudah tentu emas haram untuk lelaki. Memakai cincin besi dan tembaga adalah makruh untuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, mengikut kata-kata Imam Sadiq, Rasul meminta agar tidak dipakai cicin besi ketika bersolat.
Monday, 22 October 2012
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Banyak fakta dari sumber sejarah menunjukkan bahawa Batu Permata dan Barangan mistik dan Antik mempunyai tempat yang amat istimewa di hati kalangan masyarakat dunia khasnya masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.Walaupun pada umumnya Batu Permata dan Barangan Antik dan Mistik ini hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja, tetapi kini Batu Permata dan Barangan Mistik, Antik ini boleh dimiliki, Selain sebagai perhiasan sebenarnya Batu Permata dan barangan mistik mempunyai Rahsia yang tersendiri dengan izin Allah swt semata-mata.Sebab itulah ianya tetap mendapat tempat dalam masyarakat di mana-mana tempat pun di dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)